Sunday, 29 April 2012

SANTAPAN MINDA


SANTAPAN MINDA

Ada 3 kategori manusia :-
1.    BERJAYA : 
Hari ini lebih baik daripada semalam
2.   TERPEDAYA :
Hari ini sama seperti semalam
3.    CELAKA :
Hari ini lebih teruk daripada semalam


Tips makanan minda:

1.       Air putih 8 gelas sehari
2.       Susu segar dan yogurt
3.       Makan / minum madu lebah
4.       Kurma
5.       Kismis
6.       Kekacang  seperti pistachio, badam, kacang merah .
7.       Buah zaiton.
8.        Telur 
9.        Halia
10.    Salmon
11.    Oat 
12.    Berry 
13.    Daging tanpa lemak
14.    Daging Burung Merpati
15.    Daging Ayam
16.   Air zam-zam
17.   Ikan tuna
18.   Jus karot
19.   Epal
20.   Buah-buahan dan sayur-sayuran


Keterangan ringkas makanan yang diyakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.

1. Madu -  sangat berkhasiat,  mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2. Kacang merah – mengandungi  vitamin B1  dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia.

3. Kismis -  mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

4. Telur  - bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

5. Susu dan yogurt -  mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.

6. Halia -  mengatasi masalah lupa dan alpa. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

7. Ikan Salmon-  ikan berlemak yang dikatakan makanan berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.   

8. Oat -  kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik.

9. Berry - Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.

10. Daging tanpa lemak -  mengandung banyak zat besi dan  mineral seng yang dapat membantu memelihara daya ingatan.

11. Daging Burung Merpati -  mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

12. Daging Ayam -  mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.





No comments: