Tuesday, 1 May 2012


          Petua Mengulang Kaji
  
  Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
  Duduk tegak dikerusi yang selesa
        Baca doa penerang hati
        Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
        Fikir dan ingat kembali isi utama       
        Buat catatan / lakaran
        Semak semula ketepatan maklumat
        Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
        Buat rumusan
        Jawab soalan
        Tampal maklumat yang rumit di dinding,.
        Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.


Petua Agar Tidak Lupa

Jangan makan kepala ikan

Jangan makan organ dalaman.

Jangan minum semasa makan.

Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut.

Jangan melihat kemaluan.

Jangan melihat buih.

Jangan membaca nama pada batu nisan.

Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan   lain-lain.

 Banyakkan makan kismis, kurma dan madu. 

 Banyakkan makan kekacang.

 Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.

Jangan makan sehingga terlalu kenyang.

Jangan kencing berdiri



Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1.    Taat kepada Allah
2.    Mendirikan sembahyang
3.     Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
4.    Hormati & sayangi guru.
5.    Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6.    Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
7.    Membantu rakan yang memerlukan.
8.    Berdoa dan bersyukur kepada Allah.
9.    Sentiasa bertawakal.
10.  Mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
    

No comments: