SANTAPAN MINDA
Ada 3 kategori manusia :-
1.
BERJAYA :
Hari ini lebih baik daripada semalam
2.
TERPEDAYA :
Hari ini sama seperti semalam
3.
CELAKA :
Hari ini lebih teruk daripada semalam
Tips makanan minda:
1. Air putih 8 gelas sehari
2. Susu segar dan yogurt
3. Makan / minum madu lebah
4. Kurma
5. Kismis
6. Kekacang seperti pistachio,
badam, kacang merah .
7. Buah zaiton.
8. Telur
9. Halia
10. Salmon
11. Oat
12. Berry
13. Daging tanpa lemak
14. Daging Burung Merpati
15. Daging Ayam
16. Air zam-zam
17. Ikan tuna
18. Jus karot
19. Epal
20. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Keterangan
ringkas makanan yang diyakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat
daya ingatan.
1. Madu -
sangat berkhasiat, mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
Madu juga
mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus,
zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan
belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit
mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
2. Kacang merah – mengandungi vitamin B1
dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis
asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan
kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental
berkaitan dengan peningkatan usia.
3. Kismis - mengandungi zat besi yang amat diperlukan
untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk
disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,
pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
4. Telur - bermanfaat menambah kekuatan otak kerana
lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus,
kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang
dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
5. Susu dan yogurt - mengandungi protein dan karbohidrat yang
menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi
pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang
berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
6. Halia -
mengatasi masalah lupa dan alpa. Ia juga berfungsi merawat pening kepala,
sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam
pelbagai jenis masakan.
7. Ikan Salmon- ikan berlemak yang dikatakan makanan
berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan
EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.
8. Oat -
kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat
dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak.
Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan
baik.
9. Berry - Amalan memakan beri akan
menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini
kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi,
cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh
khususnya di bahagian otak.
10. Daging tanpa lemak - mengandung banyak zat besi dan mineral seng yang dapat membantu memelihara
daya ingatan.
11. Daging Burung Merpati - mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
12. Daging Ayam - mengandungi kadar zat pemakanan yang paling
tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.