Adab amat penting dalam kehidupan manusia. Islam amat menuntut umatnya agar sentiasa mempunyai adab-adab yang baik. Islam sebagai agama yang lengkap menggariskan berbagai-bagai adab dalam pelbagai kegiatan harian.
Dalam Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul selain daripada menyempurnakan adab manusia. Amalan Adab ini akan menjadikan kita manusia beradab, mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan kita akan menjadi manusia yang dipandang tinggi.
Definisi Adab:
Adab ialah “tata tertib” yang mesti dilakukan oleh umat manusia selama hidup di dunia, satu undang-undang Allah untuk umat manusia, yang sempurna, yang praktis, yang dapat dipakai untuk segala zaman dan yang dapat dilakukan oleh manusia sesuai dengan kemampuan dan keperluannya dalam masalah hidup”.
Objektif:
1. Murid dapat mengamalkan cara hidup yang beradab di sekolah dan di luar sekolah.
2. Murid dapat mengamalkan cara hidup bertoleransi.
3. Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji.
4. Ia akan menentukan sejauh mana kita tenang dan teratur dalam menangani masalah harian.
5. Mengingatkan diri kita akan tanggungjawab memelihara adab agar kita menjadi manusia yang beruntung hidup di dunia dan di akhirat.
6. Menjaga hubungan sesama manusia.
7. Saling kasih mengasihi antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment