Tuesday, 1 May 2012
Petua Mengulang Kaji
Cari tempat yang tenang dan serasi dengan
jiwa kita
Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
Duduk tegak dikerusi yang selesa
Buat catatan / lakaran
Petua Agar Tidak Lupa
Jangan makan kepala ikan
Jangan makan organ dalaman.
Jangan minum semasa makan.
Jangan minum atau makan makanan yang tercemar
oleh semut.
Jangan melihat kemaluan.
Jangan melihat buih.
Jangan membaca nama pada batu nisan.
Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya
seperti tempe, tauhu dan lain-lain.
Banyakkan
makan kismis, kurma dan madu.
Banyakkan
makan kekacang.
Pakai
minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Jangan kencing berdiri
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1.
Taat kepada Allah
2.
Mendirikan sembahyang
3.
Menghormati
kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka.
4.
Hormati & sayangi guru.
5.
Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja
untuk mencapai kecemerlangan.
6.
Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
7.
Membantu rakan yang memerlukan.
8.
Berdoa dan bersyukur kepada Allah.
9.
Sentiasa bertawakal.
10.
Mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga
perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan
tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan
semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
Sunday, 29 April 2012
SANTAPAN MINDA
SANTAPAN MINDA
Ada 3 kategori manusia :-
1.
BERJAYA :
Hari ini lebih baik daripada semalam
2.
TERPEDAYA :
Hari ini sama seperti semalam
3.
CELAKA :
Hari ini lebih teruk daripada semalam
Tips makanan minda:
1. Air putih 8 gelas sehari
2. Susu segar dan yogurt
3. Makan / minum madu lebah
4. Kurma
5. Kismis
6. Kekacang seperti pistachio,
badam, kacang merah .
7. Buah zaiton.
8. Telur
9. Halia
10. Salmon
11. Oat
12. Berry
13. Daging tanpa lemak
14. Daging Burung Merpati
15. Daging Ayam
16. Air zam-zam
17. Ikan tuna
18. Jus karot
19. Epal
20. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Keterangan
ringkas makanan yang diyakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat
daya ingatan.
1. Madu -
sangat berkhasiat, mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
Madu juga
mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus,
zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, mangganese dan
belerang untuk kesihatan fizikal serta mental. Malah, berkesan merawat penyakit
mental yang boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
2. Kacang merah – mengandungi vitamin B1
dikatakan amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses sintesis
asetilkolina iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan
kekurangannya dikatakan mampu menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental
berkaitan dengan peningkatan usia.
3. Kismis - mengandungi zat besi yang amat diperlukan
untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk
disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,
pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
4. Telur - bermanfaat menambah kekuatan otak kerana
lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus,
kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang
dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
5. Susu dan yogurt - mengandungi protein dan karbohidrat yang
menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi
pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan yang
berasal dari produk susu mengandung protein dan vitamin B tinggi. Susu terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
6. Halia -
mengatasi masalah lupa dan alpa. Ia juga berfungsi merawat pening kepala,
sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam
pelbagai jenis masakan.
7. Ikan Salmon- ikan berlemak yang dikatakan makanan
berkhasiat untuk otak. Ia merupakan sumber terbaik asam lemak omega-3 DHA dan
EPA. Keduanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.
8. Oat -
kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat
dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak.
Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan
baik.
9. Berry - Amalan memakan beri akan
menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini
kerana semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi,
cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh
khususnya di bahagian otak.
10. Daging tanpa lemak - mengandung banyak zat besi dan mineral seng yang dapat membantu memelihara
daya ingatan.
11. Daging Burung Merpati - mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
12. Daging Ayam - mengandungi kadar zat pemakanan yang paling
tinggi berbanding dengan semua jenis daging lain. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 20.3.2012
Hari : Selasa
Kelas : 4 Dinamik
Mata
Pelajaran : Bimbingan & Kaunseling
Tema : Keibubapaan
Tajuk : Adab Seorang Anak
Objektif : Di akhir pelajaran murid dapat:-
Kognitif : Murid –murid boleh mengetahui adab-adab
seorang anak dengan ibu bapanya.
Psikomotor : Murid-murid boleh mengaplikasikan adab-adab
seorang anak di rumah.
Afektif :Menghargai pentingnya
adab-adab dalam pergaulan seharian.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid telah mengetahui adab-adab seorang anak menerusI
pembacaan dan kehidupan seharian.
Konsep : Murid-murid menghargai
kepentingan tatasusila pergaulan seharian.
Bahan : Kad hijau, kad merah,
slaid lagu, slaid power point,
Nilai : Bekerjasama,bersyukur
dan menghargai
Penilaian :
Murid-murid dapat menyiapkan tugasan kumpulan dan lembaran kerja yang
di beri.
Rumusan :
Seorang anak perlulah menjaga adab dengan ibu bapa.
Aktiviti
Pemgajaran &
|
Prembelajaran
|
|||
Langkah
/Masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti
Murid
|
Catatan
|
Set
induksi
(5
minit)
|
Cerita
pendek
|
1.Guru
memperdengankan suatu kisah pengorbanan seorang ibu.
2.Guru
meminta murid menyebut semula pengorbanan ibu dalam cerita tersebut.
|
1.
Murid menghayati cerita tersebut .
2.
Murid menyebut pengorbanan seorang ibu berdasarkan cerita tersebut.
|
BBM
Gambar
|
Langkah
1
(15 minit)
|
Permainan
“OK” atau “Tak OK”
Memghormati
ibubapa
|
1.Guru
mengedarkan kad hijau dan merah kepada semua murid.
-Kad
hijau = OK
-Kad
merah = TAK OK
2.Guru
memberi arahan cara menggunakan kad tersebut:
-
angkat kad hijau bagi pernyataan yang betul.
-angkat
kad merah bagi pernyataan yang salah.
Contoh:
-bercakap
dengan lemah lembut.
-membantah
cakap ibubapa
|
1.
Murid menerima kad hijau dan merah.
2.
Murid mendengar dengan teliti arahan dan soalan guru dan bersedia untuk
mengangkat kad berdasar pernyataan yang diberikan.
|
BBM
-kad
hijau
-kad
merah
|
Langkah
2
(20
minit)
|
Adab terhadap ibubapa
|
1.Guru
meminta murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan.
-memberi
nama bagi kumpulan masing-masing.
2.Guru
meminta murid menyenaraikan adab-adab seorang anak terhadap ibubapa.
3.
Guru meminta ketua kumpulan mencatat setiap pendapat yang diberikan oleh
setiap ahli.
4.
Guru meminta ketua kumpulan membacakan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
|
1.
Murid mencari nama yang sesuai bagi kumpulan sendiri.
2.
Murid berbincang dan memberi pendapat masing-masing adab seorang anak kepada ibubapa.
3.
Ketua kumpulan mencatat setiap pendapat yang diberikan.
4.
Ketua kumpulan tampil di hadapan kelas untuk membacakan hasil perbincangan.
|
BBM
Kertas
catatan.
|
Langkah
3
(10
minit)
|
Adab
terhadap ibubapa.
|
1.Guru
meminta murid mencatat pernyataan yang benar dalam kad hijau dan pernyataan
salah dan kad merah..
2.
Guru memberikan pernyataan benar dan salah
untuk
dipilih oelh murid.
|
1.Murid
menggunakan kad hijau dan merah
sebagai catatan pernyataan benar dan
pernyataan salah.
2.Murid
memilih pernyataan benar dan pernyataan salah.
|
BBM
-Kad
hijau
-
Kad merah
-
carta pernyataan
|
Penutup
(10
minit)
|
Nyanyian
|
1.Guru
meminta murid menyatakan apakah akibatnya menjadi anak durhaka. Guru
mengambil jawapan murid secara rawak.
2.
Guru memperdengarkan lagu dan menyanyi
bersama-sama dengan murid.
|
1.Murid
memberikan jawapan.
2.
Murid menyanyi bersama-sama dengan guru.
|
BBM
Tayangan
video
|
Tuesday, 3 April 2012
ADAB DENGAN JIRAN
Antaranya:
1. Memulakan memberi salam kepada jirannya.
2. Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian atau mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan.
3. Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya;
4. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya;
5. Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya;
6. Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya;
7. Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan;
8. Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.
ADAB BERDOA
“Doa adalah senjata bagi orang Muslim,tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi.”
Antaranya:
1. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
2. Mulai doa dengan bacaan Bismillah ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasullullah s.a.w
3. Duduk dan mengadap kea rah kiblat.
4. Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang dilakukan.
5. Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta fahami isi dan maksud.
6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.
7. Mendahulukan doa untuk diri sendiri sebelum berdoa untuk orang lain.
8. Mengulangi bacaan doa sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih utama.
9. Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah/dilarang oleh agama samada pada makanan, minuman, pakaian dan pekerjaan.
10. Berdoa untuk Muslimin dan Muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup atau yang meninggal dunia.
ADAB BERGURAU
Antaranya:
1. Niat yang benar/ikhlas.
2. Tidak berlebih-lebihan.
3. Elak bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
4. Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius, contoh; talak,kahwin,cerai
5. Berkata benar.
6. Jangan memperlekehkan orang lain.
7. Jauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk.
8. Tidak banyak ketawa.” Banyak ketawa dapat mematikan hati”.
9. Tidak menakut-nakutkan seseorang.
10.Bergurau dengan orang dan keadaan yang sesuai :
Contoh: kanak-kanak
- Tidak boleh bergurau dengan guru / orang dewasa
ADAB DENGAN IBUBAPA
Antaranya :
1. Taat perintah ibubapa kita dengan saksama.
2. Segera menjawab panggilan mereka.
3. Tidak memotong bicara mereka.
4. Tidak bermasam muka dalam apa jua keadaan.
5. Tidak keluar rumah tanpa izin.
6. Tidak membuat keputusan kecuali setelah mendapat izin dan restu daripada ibubapa.
7. Memberi hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu.
8. Memuliakan sahabat-sahabat mereka.
9. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
10. Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia.
ADAB DENGAN RAKAN
Antaranya:
1. Saling menasihati
2. Jujur dan ikhlas
3. Hendaklah menggembirakan saudara-saudara seagama sewaktu berjumpa dengan mereka.
4. Setiap perjumpaan hendaklah didahului dengan ucapan salam.
5. Hendaklah bergaul dengan mesra dan sentiasa bersangka baik.
6. Jika dalam majlis, hendaklah meluaskan tempat duduk dan jika
tiada tempat duduk, hendaklah berdiri secara tidak bersempit-sempitan.
7. Hendaklah diam sewaktu kawan sedang bercakap dan jangan terus menyampuk sebaik-baik sahaja dia selesai bercakap. Adalah kurang elok menentang pendapatnya.
8. Memperindahkan percakapan dalam bercerita.
9. Memanggil atau menyebut namanya dengan sebaik nama (sebutan yang disukainya).
10. Menghormati pandangan dan pegangan kawan.
ADAB MENUNTUT ILMU.
Antaranya:
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan
tenang.
3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.
4.Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menunjukkan sikap menerima pendapat guru.
6 Hindari daripada menyinggung perasaan guru.
7 Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.
8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.
9 Bercakap dengan baik dengan guru,
denganmenggunakan bahasa yang baik.
10 Tidak meninggikan suara semasa bercakap
dengan guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)